Pembekalan Peralatan Ict Untuk Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah Secara Elektronik (E-Spkws)
MAKLUMAT STATUS PERLUASAN SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS)
2. Adalah dimaklumkan Bahagian Akaun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Program Perluasan Sistem eSPKWS kepada sekolah-sekolah untuk pelajar di bawah KPM dan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bertanggungjawab untuk memastikan sistem tersebut digunapakai sepenuhnya oleh semua sekolah di bawah seliaan masing-masing mulai tahun 2014.
3. Sehubungan itu, kerjasama Tuan/Puan adalah dipohon untuk memberi maklumat status terkini bagi Pelaksanaan Perluasan Sistem eSPKWS di sekolah-sekolah dan kesediaan sekolah-sekolah menggunakan sistem ini pada tahun 2014 dengan melengkapkan borang seperti di Lampiran A.
4. Bersama-sama ini disertakan surat dari Bahagian Akaun KPM dan surat siaran dari Unit Akaun JPN Perak untuk tindakan Tuan/Puan