Perutusan Hari Guru 2012 Oleh KPPM
Apa yang anda perlu lakukan?
Pelbagai penambahbaikan yang telah diterima oleh golongan guru diharap dapat memberi suntikan semangat agar guru sentiasa bersedia menerima perubahan dan berani meneroka idea dan inovasi baharu, melaksanakan tugas dengan efektif, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi.
Guru juga berperanan membentuk murid agar berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baharu, mempunyai daya tahan dan berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang dinamik.
Di samping itu, selaku warga pendidik kepada pelajar, kita perlu melestarikan pembangunan profesionalisme keguruan melalui nilai tambah dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional keguruan bagi menyokong usaha pelaksanaan transformasi pendidikan negara dan daerah di Malaysia.